Minggu ni kesempatan aku balik kg..sebab nak duduk lama skit kat kg, minta wife aku apply cuti hari ahad...dapat lah 2 hari. Mcm nie lah..klu dah x sama cuti...aku cuti sabtu ahad, wife cuti jumaat sabtu.. Sabtu tu aku ada kenduri kesyukuran sebelah sepupu aku di perlis...aku xla excited sangat nak pergi sbb mak aku xda sapa nak bawa...so aku balik kg bawa dia pergi...dapat lah dia berkumpul dengan adik beradik dia. Apa aku dan wife dapat....yup...hidangan gulai kambing. jadilah...2 hari asyik makan daging kambing ja...nasib baik ok...xda pening2...
Sebelum balik...aku pusing2 aloq setaq jab...banyak tempat2 menarik. Bandaraya pun bersih ja..sebelum ni ada juga semak samun sebab xda orang dok potong rumput...tahniah MB baru Kedah Darulaman...Alor Setar dah bersih skrg...
Aku singgah sebentar ke sekolah lama aku...dah lama x kesini..last tahun 1993 Kolej Sultan Abdul Hamid. Aku disini selama 5 tahun...masa tu pengetua dia Pak Kasim...seorang pengetua yang cukup baik dan mesra dengan pelajar....lepas tu masa aku form 3..pengetua baru masuk...Pak Hassan. Kawan2 lama aku...ramai dah berjaya..aku harap lah hendaknya..Pak Non...dengarnya cikgu kat shah alam, Helmi Gas Malaysia...shah alam juga...Harris ..lecturer kat UNIKL kulim...Nasa di Alsom Power...Pak Kod di jabatan perangkaan perlis.
Kolej ni sebelah ja dengan stesen keretapi alor setar...so kami selalu juga "fly" kesana..cabut balik awai...guna landasan keretapi...ada juga sekali kena marah dengan orang KTM. Biasanya balik awai ni...pusing2 ronda alor setaq lah..kadang2 pi usha orang jual ubat power dekat area pekan rabu...bukan nak beli ubat pun...saja nak dengar dia pidato jaa...he he..
Ini dulunya panggung wayang utama di aloq setaq..skrg dah xda..dah kena roboh dan dibangunkan KFC dan Pizza Hut..sayang juga kenapa dirobohkan....kenapa tidak dirobohkan bangunan dibawah ni.....seberang sungai ja dengan dengan panggung wayang tuu...
Bangunan ini..dikenali "white house"...aku pun xtau kenapa...mungkin sebab catnya warna putih kot....rumah ni dah lama ada kat situ....Rumah tumpangan XXXX XXX
Ini bangunan balai polis..dulunya balai polis trafic...aku ada kesana sekali dua...bukan ada kes aku...tapi kes kawan aku..kami panggil dia lana bulu...sebab dia berasal dr kampung lana bulu. ini kes motor dia kena rantai dalam balai polis sbb member satu kelas bawa xda lesen..nizam botak..dia player bola kat kolej juga..sebab kena tahan pun kes silap dia..dah xda lesen...buat xtau sudah la kalau nampak polis..ni dah xda lesen, nampak polis pun buat takut2..so kena tahan lah...itu yg polis tu tu bagi tau...kes kantoi silap sendiri la.
Ini bangunan OCBC bank..sebelah dia bangunan jabatan agama islam daerah kota setar...so sapa2 nak kawin..nak daftar nikah...daftar cerai...dan sebagainya....leh la pergi.
Ini pula bangunan pekan rabu...yang menarik kat sini, banyak makanan dan kuih tradisional boleh didapati. Cakap saja...ikan darat kering pun ada. Dulu yang glamour disini adalah kedai makan Bambo...still ada lagi..dulu kat tingkat dua...skrg dah kat bawah...semua kedai makan dibawah. Pekan rabu ni akan menjadi tumpuan kalau bulan ramadhan...mcm2 ada untuk dipilih.
Ini dia masjid zahir..seni bina yang cukup menarik. aku x pasti tahun berapa dibina. Kalau sapa2 mai alor setaq...singah2 lah kesini...berdekatan dengan sungai
Istana diraja
ini dataran "paris" kat alor setaq...daha lama x nampak pancuran air kat situ....musim kemarau kot..?
Ini muzium..muzium baru ni...aku pun x pernah masuk...sbelahnya muzium lama. Masa aku darjah enam, aku dah mai ikut rombongan sekolah rendah..banyak bahan sejarah menarik ada dimuzium tu..antaranya pokok bunga emas sebagai hantaran kepada kerajaan siam oleh kerajaan melayu kedah...sebagai "ufti" dibawah jajahan kerajaan siam..
Ini menara alor setar...
Bangunan Mahkamah Tinggi..dahulunya...sekarang dah nostalgia...aku pun xtahu bangunan ni berfungsi sebagai apa. Mungkin sebab lokasinya yang x bersesuaian kerana terletak di persimpangan yang sibuk. Mahkamah skrg dah berpindah ke jalan suka menanti...
to be continue............
No comments:
Post a Comment