Amazon Deal

Saturday, June 26, 2010

Macam2 terjadi minggu lepas..

Aku sibuk gak minggu lepas, banyak menda nak dibuat...

yum yum...tambah plak org belanja...makan aja..Makan di McD, lepas pi booking honda city..ini model 2003..memang termurah yang aku dah survey. Kalau nak harga yang baik dan condition yang OK...pi lah topmark...jumpa salesman dia, Yusran...harga dia sempoi...



suasana piala dunia...McD kat auto city, santai di petang2 hari...

Makan lagi...org belanja.....makan ja....


Mggu lepas...kebocoran kat are kulim hitech park...aku ingat nak pi lalu ja bawah pancuran air tu...dah 3 minggu kereta aku x basuh. nampaknya hari ni kena pi basuh juga.

Badminton tournament...

Hari ni ada tournament badminton anjuran kilang aku kerja...aku partner dengan hamzah. Dah banyak tahun tak main badminton...skill masih ada tapi stamina xda...pancit awal aku. takpa, lepas ni training lagi kasi stamina up balik...

aku rasa memang kena setiap 2 mggu sekali main baru ok...at least utk kesihatan badan, ni nak melompat smash pun kena fikir 2x...he he


Pekena cendol dulu kat sg ular...sedap cendol kat situ....

mlmnya plak aku ajak wife pi layan movie kat big cinema...karate kid..best cerita tu, ada juga mesej baik dlm cerita. Kalau kita gagal..kita ada 2 pilihan..nak patah balik atau teruskan...sama mcm badminton...sama mcm forex...sama mcm kehidupan ini....ya...apa2 juga yang berlaku...kita kena teruskan perjalanan w/pun hitam, sebab dihujung sana nanti pasti ada sinar kejayaan...ayuhhh.....

Tuesday, June 22, 2010

Otak Kanan - Teknik Shichida Jepun



1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah.... Boleh gak practisekan kat husband/wife ke, tapi kena buat seikhlas hati... kalau tengah marah... tak jadi. Kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad... tu ... kelemahan sikit lah..........

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar anak aku ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat.. macam.. a..b..c..d..e, insyaAllah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu... kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar... potonglah gambar kat mana-mana dsb.... guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.... Korang tau kenapa 'cha ya nun alif', ngan jepun pandai-pandai.... sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....... kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa......... kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam.... bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat..... semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari.. tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks... tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi.... Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror, ini semua satu cara yg Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik.. betui dak......JOM PAKAT2 TRY NOOO....

Saturday, June 19, 2010

Saman Ekoq....

Rakyat didahulukan...pencapian diutamakan...himpit rakyat marhean.....penuhkan poket "mereka"... Hati2 kalau memandu di jalan mahang..dari simpang hitech nak ke hospital...klu semua perasan..had laju adalah 60km/j....dekat dgn sekolah..dah 30km/j...tak adil betui, jalan 2 lorong..mcm highway. itu lah perangkap "depa" nak pelekoh duit rakyat. Aku x puas hati sebab dlm tempoh 3 tahun ni...dah 13 saman ekoq aku ada kat jalan tu. Memangxkan ada harapan lagi lah kerjaan yang ada skrg...JOM TUKAR KERAJAAN BARU......




Sumber dari http://www.tranungkite.net
KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

Tribunal pengguna....

Hari nie ada perjumpaan dengan tribunal pengguna di rumah kak zah..taman kulim utama. Siap ada pulut kuning dengan gulai ayam lagi. kalut juga tadi sebab dah lewat patang dapat tahu...tapi nasib baik semua dapat settle... Tapi aku tersilap lah plak...silap tuntut..tertuntut lebih..tapi x kisah lah...jgn tersilap tuntut kurang sudah la...

Kira hebat juga komuniti taman kulim utama,...xda org masuk lagi rumah...dah ada komuniti...ini lah penangan facebook. So hari ni..ada 3 org pegawai dari tribunal pengguna open table sampai mlm di rumah kak zah...satu2nya rumah yang dah ada bekalan elektrik. Salut kat depa suami isteri...pemaju x bagi kunci...depa pi pecah pintu dan pasang tombol baru...skrg dok sibuk renovate dah...

Banyak faedah klu dah join group....at least xlah kena tipu dengan kontraktor2 yang setiap hari dok tunggu nak offer buat grill, awning, kicheen cabinet..dsbnya.
Wife dah dapat banyak info..mana nak dapat tukang buta grill...melayu punya..standart RM1800...cina2 offer...RM2300...paling murah...hampeh tui.

Weeding of the year

Tamat sudah musim mengawan...acat aka ashraff..dan pasangannya nurul di majlis perkahwinan mereka di impiana inn. Cukup meriah majlis ni sampai terpaksa buat khemah berasingan di luar. aku bawa family aku mkn dlm dewan..sejuk sikit.

Pasangan raja sehari sedang memotong kek...

sesak dengan tetamu yang hadir...tapi x kisah lah sebab ada econ sejuk xpa..dan makanannya sedap....katering pantas di machang bubuk...

Saturday, June 12, 2010

Buat renungan bersama...

Aku ada kenduri di Felda Teloi Kiri..3 sekerluarga....aku, En Lan dan Hamzah. Jauh juga tapi nasib baik berbaloi...lauknya sedap.


Bergambar dengan Danish..naik kereta aku.

Nasi kenduri...sedap masakan geng2 felda ni..



OK tutup bab kenduri...kembali ke tajuk asal posting aku hari ni...Aku just nak share email yang aku terima hari ni...dari zul. Aku kenai semasa dok mencari maklumat nak buat flatform OD/ASB sehinggalah aku bertemu dan mendaftar sebagai klien en Aziz...sebagai financial planner aku...lain kali aku cerita tentang OD dan apa yang aku dah belajar...mcm mana nak simpan duit..mcm mana nak settle rumah dengan cepat...bla..bla bla...






(petikkan email dr ZulBM yang aku terima)
"NOTA HATI SEORANG LELAKI"

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!!

Sunday, June 6, 2010

50% Halal?...

Hati2 klu ke indonesia....kang termakan yang 50% ni...

Selamat membaca...

(Di cedok dari bloq http://amazingnara.com)

Anak sapa la ni...mau terputus urat perut baca karangan ni...









Tengok ni..

NAK MENAIKAN MARTABAT GURU BUKAN PERLU ADAKAN LESEN.TINGKATKAN ILMU GURU BESAR..DAN TAMBAHKAN KEMUDAHAN SERTA KEBAJIKAN GURU

(dicedok untuk tatapan bersama dari http://gurutertindas.blogspot.com)

Lesen perguruan untuk guru

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 21 Mei - Kementerian Pelajaran akan mengkaji cadangan supaya setiap guru di negara ini perlu memiliki lesen perguruan yang dikeluarkan oleh sebuah badan profesional seperti yang perlu dimiliki oleh doktor atau peguam.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia merupakan salah satu kaedah bagi mengekalkan integriti guru di negara ini dalam memastikan orang ramai tidak hilang kepercayaan kepada golongan tersebut.
Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini, jawatankuasa disiplin di kementerian sudah mencukupi untuk menjaga integriti tetapi pada masa sama cadangan itu masih perlu diberi perhatian serius.
"Isu integriti guru menjadi perhatian kementerian bagi memastikan profesion perguruan terpelihara imej dan martabatnya, kalau integriti tercemar, akhirnya orang hilang kepercayaan kepada guru," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Ke-18 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Majlis Sukan Negeri Kelantan, Dali Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa; Yang Dipertua PIBG SMK Kemumin, Mohd. Noor Abdullah dan Pengetua sekolah tersebut, Fauziah Mohamed.
Mohd. Puad mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru lelaki yang didakwa mencabul lima murid perempuan berusia antara 11 hingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak ketika isterinya sedang menunggu waktu melahirkan anak sulung mereka.
Difahamkan, kegiatan guru berusia 32 tahun itu bermula Mac lalu sebelum kejadian terbaru dilaporkan berlaku di kediamannya pada minggu lalu membabitkan seorang murid tahun enam yang juga adik iparnya.
Mohd. Puad berkata, langkah untuk mengeluarkan lesen perguruan itu telah diamalkan di beberapa buah negara seperti di Kanada dan Australia.
"Cadangan ini perlu dilihat dengan teliti kerana kita mempunyai guru yang ramai kira-kira 390,000 orang.
"Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan ini dan merasakan sudah sampai masanya kita melihat lesen perguruan secara serius seperti mana yang diamalkan oleh beberapa buah negara," katanya.
Sementara itu, beliau merasa amat dukacita dengan kejadian yang berlaku di Sarawak itu dan pihaknya sedang menunggu laporan siasatan polis sebelum tindakan lanjut diambil.
Katanya, ia merupakan kes terpencil dan tidak mencerminkan keseluruhan sikap guru yang ada di negara ini.

1. ALASAN NAK MENAIKKAN MARTABAT PERGURUAN BUKAN MELALUI KESEN.DIMANA AKHIRNYA GURU DIPAKSA MEMBAYAR YURAN DAN KAD UNTUK MENDAPATKAN LESEN KERANA MEMPROSES.BAYANGKAN KALAU 390,000 GURU DENGAN YURAN PROSES RM 25 SEORANG.ITU PUN KALAU RM 25 KALAU RM 100, BANYAK JUGA DUIT KERAJAN KUTIP...DAH NAK BENGKRAP KE???????

2. NAK MENINGKATKAN PROFESIONALISME IALAH DENGAN MENINGKATKAN GRED GURU DIMANA GURU BESAR PERLU DI NAIKKAN GRED YANG LEBIH TINGGI .ADA GURU BESAR YANG TAK TAHU PUN GUNA INTERNET.BORANG YANG KELUAR DALAM INTERNET TAK PERCAYA..PERLU TUNGU BORANG DARI JPN. LAHABAU PUNYA GURU BESAR.

3. KEBAGAJIKAN GURU DIBANDAR-BANDAR BESAR TERUTAMANYA ANK-ANAK KAUM GURU. ADA SEKOLAH TERUTAMANYA DI PUTARJAYA DIMANA KAUM GURU TERPAKSA MEN JADI PENGASUH DAN GURU BESAR PULA BERSETUJU MENGARAHKAN KAUM GURU MENJAGA BUDAK-BUDAK SEKOLAH HINGGA JAM 5 PETANG.BANYAK PUNYA CANTIK..INI LAH YANG KONONYA NAK TINGKAT PRESTASI MURID.SEBENARNYA SUPAYA KAUM PEKERJA YANG LAIN , IBUBAPA APABILA PULANG DARI TEMPAT KERJA JAM 5 PETANG TERUS MENGAMBIL ANAK-ANAK MEREKA .BETAPA JIMATNYA ORANG LAIN AKAN TETAPI ANAK-ANK GURU TIDAK PULA DI JAGA.ANAK -ANAK GURU TERPAKSA PULA DI HANTAR KE TEMPAT ASUHAN DENGAN HARGA YANG MAHAL.
4. KAUM GUR PERLU PEKA DAN BUKA MATA LA.....JANGAN JADI MANDOM....
5. GURU BESAR PEREMPUAN BANYAK MENIMBULKKAN MASALAH KERANA PENAKUT DAN JUGA TIDAK TAHU BERTINDAK MENYELESAIKAN MASAALAH.MALAH ADA JUGA YANG TIDAK MENGHARGAI KAUM GURU.


POSTING OLEH : KAMARUL ILHAM

Mencari idea untuk rumah baru...

Aku dan wife ke pelancaran jualan perumahan baru di kulim...usha2 rumah contoh. Aku dan wife dok mencari idea nak decorate rumah nanti..klu ada rezeki hujung bulan ni dapat kunci.

Lampu downlight dan kipas ni menarik juga..untuk ruang tamu..aku mungkin letak lebih banyak lampu..

Lampu ni menarik juga ni...

Sesuai untuk diletakkan dalam bilik tidoq..

Ruang siling bilik tidoq...susun atur lampu sama ja dengan ruang tamu...

Home made takoyaki sauce

Dah lama x buat takoyaki..sebabnya sos yang dijual di Jusco tu ada kandungan Mirin. So kali ni wife aku buat sendiri sos dia...warchestershire...bahan utama dia...lain2 aku x tahu...tapi rasa dia lagi best...

Letak mayonis..japanese style mayonis...

Letak sos buatan sendiri....

Letakkan bonito...letak banyak2...nyum nyummm...

Falken 60 series

Tayar brand silverstone aku dah 4 tahun rasanya...tapi bunga masih nampak baru..mcm baru pakai satu tahun ja..dah jadi keras...klu ada sapa2 nak plan tukar tayar..elakkan la guna nama tu...guna sime tyre lagi best rasanya. Bagi aku, Falken pun ok,,harganya x lah mahal mana...

Tengah buat aligment lepas tukar 2 tayar baru dan buat balancing...


Jumpa hamzah dan anak2 dia di kedai tu...aku letak gambar anak2 dia ajer.....Yang no 2 tu, asyik "peace" saja...tapi kaki buli abang dia tuuu...(Hamzah yg bagi tau...aku x tau..he he"


Satu hari nanti..mesti aku sambar salah satu mufler tu...sabaq ajer lah..apa nak kisah..kereta dah habis bayar...pelan2 repair.

Rim 16inci....hamzah nak sambaq yg warna gold tu...aku "AKAN" sambaq yang mahal sikit sebelah kanan warna hitam tu...he he..

Non Farm Payroll

Melayan NFP mlm jumaat lepas...lebih 200pips jauhnya EJ terjun tiruk. Aku dengan hamzah dan sham melepak di sebuah cafe. Rasanya cafe tu akan menjadi port tetap kami setiap hari jumaat...

melayan graf masing2....

Saturday, June 5, 2010

Musim kenduri kawin tiba lagi....

Hari ni aku dan wife bertandang ke kg machang bubuk, bukit mertajam..kenduri hamizah. Ramai geng sekilang yang ada...Mr Wong dan marka dia, En Roslan dan family, Hamzah dan family, Huzairy, Aida dan family....lain2 yang turut hadir...Jooane, Khor, Mey, Jenny PC...
Pasangan raja sehari..

Ini hidangan utama...4 jenis lauk...air merah. Ada pencuci mulut...bubur pulut hitam, tapai, laksa, air teh tarik...

Hamzah dan family....

Hero2 keluaran hamzah...

bergambar dengan pasangan pengantin...huzairy, hamzah, aku dan wife..

Kali pertama aku tgk...kenduri ada hidangan teh tarik ...siap buat gerai lagi...order jgn x order..brader tu jeling ja aku dok ambik gambar dia...


Lepas tu aku ke dewan sri putra..ada lagi kenduri. Ini kenduri si apit leader 2P...adik dia kawin...pi makan sikit2 ja...dah overload...sekadar memenuhi jemputan kawan2...


Aku x terus balik..wife aku ajak ronda2...last2 sampai ke penang...aku pusing satu pulau...ini aku kat balik pulau...sibuk dengan pembinaan laluan baru..mudahkan pengguna jalan ni. memang sempit jalan ni..bahaya pun ada..malam2 x berani aku lalu sini


Flyover di celah2 pokok durian. Skrg ni time musim durian kat balik pulau..banyak gerai2 jual buah durian..aku x berhenti pun...kurang nafsu pulak aku musim ni. Tapi aku dok tunggu durian sedim..best tu

Tasik Telok Bahang...sumber air minum & kegunaan harian..

Aku melepak jab kat padang kota..letih..x larat aku nak tekan break..jalan jamm..sempat snap gambar kapal persiaran kat pengkalan weld...nampak serombong dia aja...


Yum yum....Makan mlm hari ni..wife aku belanja....McDonald di seberang jaya...

Friday, June 4, 2010

Surut berhenti kerja..kot2 nak guna disuatu masa nanti..

Aku jumpa surat ni dlm bloq sapa tah...rasanya pernah tgk dah...jadi just nak refreash balik semua org...sebab pada suatu ketika nanti...pasti kita nak tulis sekeping surat berhenti. Tetiba xda idea...ambik yang ini ja lah....mesti HR tu terkedu kalau dapat surat mcm ni....ingat sampai mati.....




(nama.....nama penuh anda)
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN NAIK MINYAK,
14100 MINYAK NAIK,
SEBERANG JALAN TENGAH,
PENANGAN.

6 Jun 2010

TUAN,


PER : SURAT BERHENTI KERJA


Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.
4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GAT HOUSE nak bali kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...
12. Boss kadang 2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah 2 lain tak memuaskan contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama ............
tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya........ IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG...............

SEKIAN TERIMA KASIH....""
Pecah kaca pecah gelas...sudah baca harap balas..coww..

Organization chart

Top level management tengok bawah...nampak SHIT saja.....pekerja bawahan tengok kat atas.....nampak ASSHOLE ja.....

Aku nampak aper lak?