Amazon Deal

Friday, September 19, 2014

Betui ka Jobdirumah boleh buat duit?

Assalammualaikum semua...

Posting ini untuk mencari jawapan adakah Jobdirumah boleh menjana duit.


Mula2..aku daftar dulu menjadi agent affiliate di jobdirumah.com .


Kalau nak cuba boleh la..jobdirumah aku akan update kemuadian..jika dapat hasilnya.






Wednesday, August 27, 2014

Koteow Kungfu


X sempat nak ambik awai..separuh jalan makan...
Malam ni aku buat koteow kungfu...pertama kali..alhamdulillah...menjadi dan boleh dimakan...hahaha...


Nyum..nyum...ayam..udang...sayur...bla..bla...


Wednesday, August 20, 2014

[Modern Labour Movement] Akta Pekerja 1955 Hanya Kayakan Majikan - MTUC



Akta kerja tahun 1955 merupakan 'akta kuno' yang masih digunapakai di negara ini kononnya untuk melindungi para pekerja tetapi sebenarnya memperkayakan majikan, kata Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC), Abdul Razak Hamid.

Akta itu katanya, hanya mengandungi faedah minima yang khusus untuk kerja lebih masa, cuti tahun, cuti bersalin dan lain sedangkan untuk mengwujudkan kesatuan bagi faedah sesama pekerja dihalang.

"Akta Kerja tahun 1955 tidak boleh pakai lagi dan patut ditukar dengan akta yang lebih bagus dan bermanafaat pada pekerja. Itu akta penjajah yang dah kuno.Dah tak releven dipakai oleh negara sekarang, " katanya dalam program Wacana Pekerja Industri yang diadakan di Dewan Komplek Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) baru-baru ini.

Pihak majikan tidak berpuas hati sekiranya akta pekerja itu diubah atau digubalkan kembali sejajar dengan kehendak semasa demi kebaikan pekerja yang bertungkus lumus melaksanakan tugasan yang diberikan.

Contohnya, bila seorang wanita bersalin ia akan dapat cuti 60 hari. Di tambah lagi jika terdapat cuti umum tetapi majikan melobi agar kerajaan tidak memberikan cuti tambahan berkenaan kononnya merugikan.

Paling menghairankan katanya, Ahli Parlimen yang ada menyokong cadangan majikan industri yang hanya menjagai kepentingan syarikat mereka daripada hak pekerja.

"MTUC kesal bila pekerja mendapat cuti contohnya bersalin mereka akan dapat 60 hari, itu yang termaktub dalam akta tapi majikan industri seluruh negara pergi melobi Ahli Parlimen tertentu supaya jangan bagi cuti tambahan sekiranya ada cuti umum lain semasa seseorang pekerja itu bercuti. Ia merugikan tapi sebenarnya ia hak pekerja kerana ia cuti umum, " katanya yang juga Pengerusi MTUC Pulau Pinang.

Sikap Ahli Parlimen kerajaan itu tambahnya, tidak matang untuk membantu pekerja industri dan mungkin mereka sendiri tidak tahu menahu betapa sukarnya bekerja dalam bidang industri.
Akta kerja hanya melindungi pekerja yang mendapat gaji RM1,500 ke bawah sahaja dan tidak akan bertanggungjawab terhadap mana-mana pekerja yang mendapat gaji lebih dari itu.

Maka, tidak hairan banyak gologan ini teraniaya bila dibuang kerja termasuk sukar mendapat pampasan.

"Ini dia dinamakan akta 'koboi' majikan hanya pentingkan diri. Nak pergi ke Pejabat Buruh lagi pening bila mereka mengkelaskan golongan ini bukan pekerja ekoran akta yang sengaja mengasingkan pangkat mengikut gaji sedangkan semua yang terlibat dengan industri adalah kaum pekerja," tegasnya.

Jelas Abdul Razak, satu lagi contoh yag paling ketara ialah bila golongan pekerja tiada kesatuan sebagai pelindung mereka akan hilang pedoman dan tempat bergantung bila mereka dibuang kerja.

Akta Perhubungan Perusahaan diwujudkan untuk melindungi mana-mana pekerja yang ada kesatuan manakala kepada pekerja yang tiada kesatuan akan mengigit jari.

"Bila ada Kesatuan Sekerja barulah akta itu boleh membantu. Justeru itu, ramai majikan tidak menggalakkan penubuhan kesatuan kerana ia boleh menjerat majikan seandainya majikan melakukan pembuangan pekerja, " katanya dalam progam anjuran Lajnah Pekerja Industri PAS Pulau Pinang.

Jika berlaku begitu, mangsa pembuangan dikehendaki mengutus surat pada majikan agar mengiktiraf mereka sebagai pekerja baru Akta Perusahaan boleh diguna pakai.
Menurutnya, "mana ada majikan akan memberi jawapan yang memenangkan pekerja yang dibuang."

Wacana Pekerja Industri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu itu turut dibarisi ahli panel Pengerusi Lajnah Pekerja dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Anuar Tahir dan Pengerusi Lajnah Industri PAS Pulau Pinang, Bukhari Ghazali.

Dipetik dari laman Tranungkite

Komen

Akta Kerja 1955 tidak semestinya ditukar. Ia boleh dipinda untuk menyesuaikan dengan trend mengurus sumber manusia di Eropah atau menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Apa yang berlaku ialah pindaan yang dilakukan tidak memadai.

Hak menubuh kesatuan dinafikan untuk beberapa sektor pekerjaan. Namun perkara ini boleh diatasi apabila pengurus-pengurus di Malaysia lebih beretika dan mengamalkan cara mengurus sumber manusia yang betul. Sikap tamak majikan dapat diseimbangkan dengan menjaga kebajikan pekerja dengan sewajarnya. Sikap tamak majikan ini kadangkala dilindungi oleh pemimpin-pemimpin politik dan birokrasi yang berkepentingan atau tidak memahami keadaan semasa. Pengamal-pengamal sumber manusia yang terlalu takut dengan majikan sehingga meninggalkan prinsip memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula peratusan pengurus-pengurus yang mengetahui serta memahami tentang amalan sumber manusia yang betul amat sedikit.

Had RM1,500 memang sudah ketinggalan zaman. Nilai itu hanya wajar pada 40 - 50 tahun yang lalu. Tetapi kini zaman sudah berubah. Kini RM1,500 sudah tidak lagi relevan. Pada masa ini, nilai itu bersamaan dengan RM18,000 - RM22,000. Kini sudah tiba masanya had RM1,500 diubah dan definisi pekerja diluaskan skopnya.

Demikian juga dengan cuti tahunan. Akta Kerja 1955 memperuntukkan cuti tahunan minima 8 hari setahun bagi setiap pekerja yang dilindungi. Di beberapa negara Eropah, cuti tahunan minima ialah seperti berikut:

1. Bulgaria - 20 hari
2. Austria - 5 minggu
3. Denmark - 25 hari
4. Jerman - 4 minggu
5. Belanda - 4 minggu
6. Sweden - 25 hari

Apakah Malaysia akan menjadi negara maju dengan menetapkan cuti tahunan minima yang sedikit? Negara-negara Eropah tetap maju juga walaupun mereka menetapkan cuti tahunan minima yang lebih tinggi. Walaupun orang Malaysia kuat bekerja tetapi negara tidak maju-maju juga.

Membandingkan jam bekerja seminggu juga menarik.

(artikel ini dicopy dari http://malayahistory.blogspot.com/2008/09/modern-labour-movement-akta-pekerja.html)

Monday, August 18, 2014

Bihun Sup Bang Dan di Simpang Empat Perlis

Bihun sup ni memang terbaik dan sapa yang dalam perjalana ke perlis boleh lah mencubanya. Sampai ja simpang empat perlis...boleh tanya orang kat situ..bihun sup bang dan...semua orang tahu.



Gerai ni sementara sahaja disini sebab food court yang menjadi tapak tetap meniaga dalam proses pembaikan. Sementara itu, gerai ni menumpang tapak parking kereta bersebelahan pasaraya Kawang....


Simpul Kasih (Serunding Ikan Bilis)


Simpul kasih ni bukan lah kegemaran aku..kira dalam banyak kuih raya yang dihidangkan...aku x ambik pun. Tapi kebetulan...semasa raya, aku termakan simpul kasih ni di rumah emak saudara. Pehh...serundingnya best..so aku decide nak letak dlm bloq. 

Jika ada sapa nak beli..leh order dengan aku
(whatapps pun ok 0134902305)

Harga : RM17 untuk 1/2kg
RM33 untuk 1kg

Kalau nak post...kena topup RM6
Kalau banyak...berkilo2...kos pos kena kira lain lah noo...

COD : Untuk kawasan Kulim
COD : Untuk kawasan Sungai Petani dan Seberang Jaya (5kg keatas)

Sunday, August 10, 2014

Melawat kilang packing mainan

Kelam mata kalau mai kesini...anak aku xpandai memilih lagi...teringin nak pegang ja. Banyak mainan yang ada..kadang2 bukan anak pun yang nak beli..mak bapak yang nak beli...Kalau nak buat biz mainan...boleh lah buka account kat sini. Tempat ni...kat lunas...kulim...kedah

Pak Zahir

Ini kawan aku, Pak Zahir...aku kenai dia di restoran nasi kandar atas kapasiti kawan2 forex. Tak lama kemudian dia menjadi rakan sekerja aku di kilang. Latar belakang dia yang serba sedikit aku tahu....berpendidikan dari Amerika. Pernah bekerja di Fuji Electric Kulim Hi tech Park...Kilang Body Fashion Kulim dan yang terakhir di Hoya Electronic...

Pak Zahir kini hanya berada dirumah akibat terlibat dalam kemalangan ketika hendak ke tempat kerja. Dia disahkan hilang upaya kekal dan mendapat bantuan bulanan perkeso. 3 orang anak masih bersekolah dan kini mengharapkan isterinya yang sebelum ini hanya suri rumah untuk keluar bekerja. 

Ini nasib dia...kita pun tak tau lagi nasib macam mana. Kalau ada sesiapa yang kenai dia...boleh la membantu. Kalau nak pi jumpa dia...aku boleh tunjukan rumah.

Mee Udang kat Juru

Picit limau skit utk lebih rasa

Udang dia freash dan besaqqq

Saturday, August 9, 2014

Macam2 dengan anak dara sorang niii


 
Demam panas...masuk PMC kat alor setaq...lega demam...dapat plak seliuh bahu...


Anak dara sunti aku ni...buas mengalahkan abang dia...mula ingat sikit ja...esok pagi bila terjaga ja...terus nangis bagi tau sakit...

Balut bagi dia kurang gerak tangan tu....Aku bawa anak aku pi mengurut kat Tikan Batu...kat member aku nama Zamri dan kebetulan dia ada kat rumah...biasanya dia selalu outstation ke KL, Johor dan Perak...sebab permintaan mengurut yg tinggi di sana....disini pun tinggi...tapi disana....masyukkkk....Kalau aku pandai mengurut....aku pun sure ubah profession...ingat senang ka nak mengurut....

Friday, July 25, 2014

Ke tesco semata2 kerana airkrim....ishh...layan

Heroin nak makan yg hijau (biru dia kata hijau)

Hero nak cokelat ja...

Memang tak patut...sungguh tak patut sangat2 ni...


Notis bil air tertunggak...80sen aka 8 kupang....kena bayar..klu tidak...mandi xda air lah nampaknya...

Aku suka gambaq ni....

Aku dan ontheway nak balik...dlm kereta....tapi anak dara aku sorang ni...nangis tahap gaban...nak turun jumpa moyang dia....naik dukung terus senyap. Itu tok ayah aku...kami semua panggil "tok ayah"...yang wanita tu...anak sulung tok ayah...mak aku tu.....budak steady "peace" tu...hero aku...

so kat situ...ada ayah dan anak..cucu dan tok...moyang dan  cicit...4 generasi...

Monday, July 21, 2014

Mentarang...apa kebenda tu???


Mentarang..sedapppp.
Apa yang aku tau, siput mentarang ni hanya terdapat disebelah utara kawasan semenanjung sahaja. Harga semasa RM18 sekilo. Kalau nak beli...pastikan ianya masih hidup....dan hanya terdapat pada musim tertentu sahaja. Kalau kebetulan terjumpa...kena pikiaq 2-3 kali...nak beli ka tidak...

Sunday, July 20, 2014

D.I.Y


Valve air masuk pecah..misin basuh automatik..


Model dia

 Valve...

Servey harga dengan kawan2..last2...aku jumpa kat tempat barangan terbuang...model hampir sama...RM10..selamat...

Nasi Arab paling sedap setakat ini....

Mandy Ayam

Many Kambing

ada sekali sup dan sos

Kebab kambing

Ini restoren dia....kat SP...

Alightment tayar di Continential Mergung



Kelam mata tengok sport rim....



Aku mai rotate + balancing + alightment ...service bagus kat sini...