Amazon Deal

Friday, October 15, 2010

Minyak masak sebagai minyak pelincir kereta

(sedutan artikel menarik dari bloq http://ilytrolak.blogspot.com)

Semalam selesai aku makan di sebuah gerai di Slim Village atau dengan nama Melayu Kampung Slim, tiba-tiba sahaja peniaga yang mungkin rapat dengan rakanku bertanyakan sesuatu pada rakan aku.



"Li, minyak kereta kau dah tukar?"

"Sudah..." balas rakan aku, yang agak tercengang dengan soalan yang diberikan. Peniaga tersebut kembali ke bahagian dalam kereta dan keluar semula membawa sebotol minyak masak cap "SAJI".

"Kau guna ni..." aku dan rakan-rakan yang lain agak terkejut.

"Boleh ke...." kaget dengan cadangan tersebut, rakan aku tadi terus mengulang soalan yang sama kepada aku.

"Nanti aku cari dalam website, rasanya aku pernah dengar dulu" kedua-dua rakan aku bersetuju dengan jawapan yang diberikan. Peniaga tadi dengan rancaknya terus bercerita pengalaman-pengalaman rakan-rakannya menggunakan minyak masak tersebut.

Selepas rehat beberapa ketika di rumah aku teringat kembali kata-kata peniaga dan rakan-rakan aku tersebut.

Segera aku membuka komputer dan melayari internet. Dengan kata kunci "Minyak Masak Minyak Pelincir" sederetan pautan aku terima, yang nyatanya memang menceritakan tentang penggunaan minyak masak sebagai minyak pelincir kenderaan.

Aku masukkan artikel yang sempat aku ambil untuk tatapan semua.




Minyak Masak sebagai Minyak Pelincir
KOSMO Jumaat 14 November 2008

PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas, Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Bernama

Sumber: Sabahan


Ini pula senarai pengguna yang telah mencuba minyak masak sebagai minyak pelincir kereta

1.
Nama : Pakwan
Kereta: Honda City
Minyak Masak Cap : Saji


2.
Nama : ExAvantz
Kereta: Alfa Romeo 2.5 v6
Minyak Masak Cap : Minyak Saji

3.
Nama : ExAvantz
Kereta: Alfa Romeo 1.7 Boxer
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit

4.
Nama : ExAvantz
Kereta: Waja Campro 1.6
Minyak Masak Cap : Minyak Seri Murni

5.
Nama : ExAvantz
Kereta: Skuter Suzuki VS125
Minyak Masak Cap : Minyak Saji

6.
nama : amaar
Kereta : chevrolete optra 1.6
Minyak Masak Cap : Seri murni ( 2000KM )

7.
nama : fariq
Kereta : wira injection 1.3
Minyak Masak Cap : Seri murni 50% ( 300K )

8.
nama : Moolaswiss
Kereta : Iswara Aeroback 1.3
Minyak Masak Cap : Seri murni
oil treatment ; STP


9.
nama : 12daily_pro
Kereta : Honda EK 1.6 Vtec Single Cam
Minyak Masak Cap : Seri murni

10.
nama: hydroxy
kereta :Honda EG si
Minyak masak :seri murni

11.
nama: zainul9
keta: saga megavalve 1.5
myk: seri murni, 2x punyulingan (dh hampir 2000km)
oil treatment: stop oil

12.
nama: esey
kereta: satria 1.6
minyak masak: Vesawit RACING!!!
oil treatment: bardhal 2

13.
nama: fariq
motosikal: modenas kriss 100
minyak masak: seri murni
oil treatment : tak de guna apa2 pun.

14.
nama: nazhif
kereta: waja evo
minyak masak: SAJI
oil treatment: stop oil


15.
nama: manizaj
kereta: Naza Citra
minyak masak: SAJI
oil treatment: Bardhal No 1(yg lmbut)

16.
nama: pak itam
kereta: saga orient
minyak masak: SAJI
oil treatment: stp cair

17.
namaak itam
kereta:wira
minyak masak: SAJI
oil treatment: stp pekat.....

18.
Nama : Sue
Kereta : Vios 2008
Minyak masak : Saji
Oil Treatment : NASA

19.
nama: hangkebun
kereta: Savvy
minyak masak: vesawit
oil treatment: ntah dah lupa(apa Race ntah)RM 18

20.
Nama: naj2921
kerete: Kelisa
minyak masak : Vesawit
Oil treatment: TIADA

21.
Nama : orazly
kerete : waja auto
minyak masak : saji
oil treatment : TIADA (baru test tanpa oil camne)


22.
Nama : buffet2
kereta: proton saga 1.3 01
minyak masak : seri murni (50%)
oil treatment : ada

23.
Nama : papat
motor: Yamaha 135 LC
minyak masak : Vesawit
oil treatment : stp

24.
nama : hantamsajala
kereta: tiara 1.0 1996
minyak masak ; peket (100%)
oil treatment ; tak taruk
dah sebulan lebih... enjin senyap... power... vroom dan sejuk je,,

25.
nama : hantamsajala
kereta: fiat brava 1.6
minyak masak ; peket (100%)
oil treatment ; tak taruk

26.
nama : rezekey
kereta: perodua rusa 1.6
minyak masak ; seri murni
oil treatment ; nasa

27.
nama : emkayzack
kereta : kelisa 1.0 (a)
minyak masak : seri murni

28.
nama : moolaswiss
Motor : Honda Wave 100R
minyak masak : Saji
oil treatment ; N/A

29.
nama : waza
Motor : Honda Wave
minyak masak : Seri Murni
oil treatment ; N/A

30.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Toyota Hilux 2.5D
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

31.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Waja 1.6
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

32.
Nama : 350Z 8877
Kereta: Perdana V6
Minyak Masak Cap : Minyak Vesawit
oil treatment

Sumber: Ex Avantz's Blog

Agak konfiden juga bila membaca testimoni yang diberikan. Apa kata kita cuba sama-sama. Perbelanjaan yang lebih murah.

12 comments:

  1. Tuan2 mesti faham mengapa diadakan minyak pelincir. Mengapa pula diadakan minyak masak. Jika ada menyatakan bahawan minyak masak boleh dijadikan minyak pelincir dan ini bermakna banyak minyak lain boleh dijadikan minyak pelincir...asalkan diperbuat menjadi minyak. Apa yang membezakan ialah sekiranya berlaku apa2 keadaan sendiri mahu ingat. Minyak masak dibuat untuk dipercepatkan tempoh masa kepanasan supaya boleh memasak dengan cepat, sementara minyak pelincir enjin mempunyai kandungan yang melambatkan tempoh kenaikan suhu. Teknologi minyak terbaik dunia ialah minyak Mineral iaitu suhu enjin dapat diturunkan dan ini dapat menyelesaikan masalah over heating pada enjin. Bayangkan sekiranya minyak masak ada di dalam apa akan terjadi... Pasti suhu enjin naik dan head enjin sudah menjadi seperti kuali panas, anda tidak akan mengalami dalam masa setahun tetapi memakan masa 3 tahun untuk over whole enjin atau tukar enjin... Renung2kan.. Jika mencari minyak mineral sila hubungi syarikat pembekal AiTech. Online 019-3331007

    ReplyDelete
  2. Salam, Saya adalah seorang pomen dan sudah menggunakan vesawit lebih 3 tahun, dan tiada sebarang masalah malahan enjin saya lebih bersih. Sebelum anda bercerita pastikan anda pakai dahulu. Suhu minyak masak boleh menahan suhu lagi tinggi berbanding minyak pelincir kereta, kalo anda tak percaya, boleh cuba masak sendiri tengok yang mana lagi panas dan cepat hangus. Jangan cakap kalo x pernah pakai dan sokonglah produk Sawit Kita!

    ReplyDelete
  3. Jom pakat2 try...cuba dulu baru tahu....

    ReplyDelete
  4. Udin boleh saya tau kereta apa yg tuan pakai selama 3 thn tu? Fakta ni sgt menarik!!

    ReplyDelete
  5. Jangan gaduh! Kalau nak info lagi tentang minyak mineral ke minyak sawit ke klik di bawah

    http://remove-a360.blogspot.com/2011/02/minyak-sawit-sebagai-minyak-enjin.html

    ReplyDelete
  6. ak pkai dh 10 thun x rosak pn? ok je n xde nslah pape. x pakai mna nk thu. x kjer bngkel lpa tu main ckp rosak lah itu lah. poyo je lbih. x rosak kata rosak.

    ReplyDelete
  7. السلام عليكم
    Tqvm atas info....hari ni saya mula mnggunakn minyak SAJI untuk kereta Avanza 1.3 saya. Saya lebih yakin bila pomen saya pn dah guna minyak masak lebih dahulu. Dan lebih meyakinkn saya balik kampung, teman2 sekampung dah bertahun gunakn minyak sawit. Adik saya sendiri juga gunakan minyak sawit utk keretanya ISUZU TROOPER. Selamat mencuba...

    ReplyDelete
  8. السلام عليكم
    Tqvm atas info....hari ni saya mula mnggunakn minyak SAJI untuk kereta Avanza 1.3 saya. Saya lebih yakin bila pomen saya pn dah guna minyak masak lebih dahulu. Dan lebih meyakinkn saya balik kampung, teman2 sekampung dah bertahun gunakn minyak sawit. Adik saya sendiri juga gunakan minyak sawit utk keretanya ISUZU TROOPER. Selamat mencuba...

    ReplyDelete
  9. hahahaha dia nak jual minyak pelincir dia tu cakap cam tu...

    ReplyDelete
  10. Hado mana satu yang betul ni....dah minyak kiri kanan naik...rakyat susah....buat kerja haram lagi senang

    ReplyDelete