Petak pertama..dalam persedian untuk musim pertama 2015. Untuk musim ini...aku masih belum boleh 100% organik...iaitu tanpa penggunaan racun kimia. Tapi alhamdulllah...50% penggunaan racun kimia dapat dielakkan. Harapan aku...hanya pada Allah...aku usahakan semampu yang boleh. Dia pemberi rezeki....
Petak kedua...projek tolak tanah tergendala,,,nampaknya kena tunggu lagi 2 musim untuk settle kan sekangkang kera ini. Masalahnya mentaliti penduduk setempat sekitar sawah aku ni...jadikan tanah aku ni tempat pembuangan sampah....siap buang kaca...lampu kalimantang...dimanakah akal fikiran...letak kat kepala lutut ka apa...
Titi kayu ni...sudah wujud sebelum aku lahir (agaknya lah)...aku dan kawan2 biasanya mandi sungai dan terjun tiruk dari atas titi ni. Masa tu mana sedar bahaya dan mungkin kemalangan lemas di dalam sungai. Alhamdulillah sepanjang "buas" aku di kampung dulu...takda lah ada kes kawan2 lemas di sungai...walaupun kami bukan pandai berenang pun. Bila dah ada anak...baru tau betapa bahayanya....
No comments:
Post a Comment