(aku cedok artikel ini dr www.shamsuriyadi.com)
artikel ini lebih kepada aku dan juga kawan2 agar berhati2 dengan untuk tidak terjebak dan teraniaya dengan skim cepat kaya).....
Setelah mendapat pelbagai respon dan komen sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menstrukturkan kembali artikel tentang VGMC ini. Ia adalah untuk memudahkan pembaca membuat penilaian terhadap skim ini.
Apakah VGMC?
Terdapat beberapa permintaan daripada beberapa pembaca di FB yang meminta agar menulis satu review tentang Skim yang ditawarkan oleh Virgin Gold Mining Corporation (VGMC). Sekali imbas seperti ia adalah syarikat Richard Branson yang terkenal dengan jenama Virgin atau dalam bahasa Malaysia; DARA. Laman web rasmi adalah www.vgmc.com
Laman Web VGMC
Adakah VGMC Syarikat Berdaftar?
Jawapannya adalah YA. Ia didaftarkan di Panama iaitu negara syurga mereka yang ingin melarikan diri daripada cukai. Daripada komen dan link yang diberikan, anda boleh rujuk di Sini.
http://www.panama-offshore-services.com/panama_corporation_foundation_name_search.htm?ENTITYNAME=VIRGIN+GOLD+MINING+CORPORATION&TYPE=CORP&START=1&ID=356393
Ia disahkan oleh syarikat lawyer ini:
http://www.justanswer.com/law/5o6p3-vgmc-com-scam.html
Presiden VGMC?
Namun setelah diselidiki, ia langsung tidak ada kena mengena dengan Sir Richard Branson. Menurut laman web mereka, president syarikat ini adalah Kenneth Elinger yang merangkap PRESIDEN, CEO dan juga VICE PRESIDENT OF FINANCE. Siap tiga jawatan utama dipegang oleh seorang individu. Haibat betul. Dalam sesuatu organisasi, ia akan pincang apabila seorang individu memegang banyak jawatan “pengarah”.
Keraguan:
1.Kebiasaannya dalam amalan sesebuah organisasi yang baik, kesemua jawatan utama dipegang oleh individu berlainan bagi mengelakkan keputusan yang salah dalam menentukan halatuju syarikat. Jadi tidak wujud istilah kuasa “veto” dalam organisasi sebaliknya ia adalah keputusan bersama.
2 Daripada laman web Panama Offshore Services, Nama GERASIMO SAMUDIO, menjadi president, bendahari dan setiausaha. Pada laman web VGMC adalah Ricardo Luigi Oliviera. Tidak banyak maklumat berkenaan individu tersebut.
Namun berbeza dengan GERASIMO SAMUDIO, nama beliau muncul menjadi Director kepada ratusan syarikat yang mendaftar di Panama. Kebanyakannya syarikat pelaburan yang sejenis dengan VGMC. Anda boleh rujuk ini:
http://ohuiginn.net/panama/person/GERASIMO%20SAMUDIO
Ia seolah olah indiividu ini menjadi proxy kepada mereka yang ingin membuka syarikat di Panama. Perkara ini adalah perkara mudah di negara ketiga. Mungkin tiada pemantauan atau undang-undang yang lemah. Jika mendapat bayaran, ada diantara mereka sanggup buat apa sahaja. Saya syak penubuhan syarikat ini, mengunakan proxy. Jadi ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk bertindak jika sesuatu yang berlaku.
Inilah yang dibincangkan oleh forumer panama.
http://www.panamaforum.com/business-panama/39979-virgin-gold-mining-corporation.html
Apa yang berlaku pada struktur organisasi berkenaan, ia tidak dapat dipastikan sebab bermula tahun 2010 VGMC mula dikenali setelah menawarkan CPS pada 1 Januari 2010.
Konsep
Konsep pelaburan syarikat ini ialah mereka menawarkan share yang dinamakan Convertible Preferred Stocks (CPS) dan menjanjikan pulangan 10%% setiap bulan sebagai dividen. Ya. Setiap bulan! PNB hanya menawarkan dividen saham amanah seperti ASB sekali setahun. Mereka menawarkan dividen SETIAP BULAN. Jadi setahun, akan dapat 120% dividen daripada syarikat. Dividen mereka dibayar dalam bentuk emas.
Ini sudah bagus kan.Melabur 1000 share, dapat 0.1oz emas setiap bulan. .hehehe.. Nanti dulu, baca dulu sampai habis artikel ini. Mereka juga menawarkan insentif kepada mereka yang membawa pelabur baru kepada mereka.
Macam best je pelaburan macam tu kan. Sekali bayar dapat pulangan setiap bulan..Dok goyang kaki je..
Berita baiknya, setakat ini VGMC masih membayar dividen ahli mereka. Jadi mereka yang berminat untuk melabur, ia adalah atas tanggungan sendiri.
Sekarang mereka ini menawarkan Pre IPO. Namun, ada beberapa “alert” daripada beberapa badan di US seperti Suruhanjaya Sekuriti Amerika Syarikat yang perlu diambil perhatian.
http://www.sec.gov/investor/alerts/pre-ipo.htm
http://www.sec.gov/investor/pubs/preipo.htm
http://www.finra.org/Newsroom/NewsReleases/2011/P123322
Menurut ahli VGMC, mereka sedang mengumpul dana untuk penyenaraian di NY Stock Exchange.
Betul atau tidak. Itu tidak dapat dipastikan kerana pihak VGMC tidak mengeluarkan sebarang rekod prestasi kewangan mereka. Biasanya syarikat yang menawarkan IPO, akan menyediakan satu prospectus untuk rujukan para pelabur untuk menilai sebelum membuat sebarang pelaburan. Dalam kes ini, tiada rekod prestasi kewangan mereka didedahkan kepada umum.
VGMC dikatakan beroperasi pada tahun 2001, jadi pastinya sudah ada penyata untung rugi. Apatah lagi jika mereka ingin menyenaraikan syarikat mereka ke NYSE iaitu pasaran saham paling aktif didunia.
Lagi Persoalan
Itu pasal skim syarikat tersebut. Inilah yang pahitnya tentang pelaburan sebegini. Ia mengundang beberapa persoalan?
1.Bukan Syarikat Perlombongan
Mereka adalah syarikat perlombongan. Persoalannya di mana? Mana lombong emas mereka? Setiap syarikat perlombongan emas pasti akan mengumumkan lokasi lombong mereka. Kemudian saya mencari senarai pelombong emas dunia incase ada syarikat dara Virgin ini. Namun ia tidak wujud.Tiada syarikat perlombongan emas yang bernama VIRGIN GOLD MINING CORPORATION.Anda boleh rujuk senarai syarikat pelombong emas di Sini. Dalam senarai tersebut ia turut menyenaraikan rezab emas yang dipegang oleh setiap syarikat perlombongan emas ini. Yang ada dalam senarai pelombong yang paling hampir ialah Vista Gold, bukan Virgin Gold.
Jadi ia bukan syarikat perlombongan seperti yang didakwa.Itu baru satu hujah saya yang mengatakan syarikat ini adalah penipuan semata mata.
Update: Mereka mereka yang terlibat, syarikat ini melabur dalam syarikat lain yang terlibat dalam perlombongan. Tapi tidak dapat dipastikan syarikat mana. Ia masih kabur dan tidak dapat dipastikan.
Ada yang menyatakan lokasi lombong dirahsiakan kerana takut dirompak. Bagi saya ia tidak boleh dijadikan alas an kerana semua syarikat perlombongan dunia mengistiharkan jumlah emas yang dimiliki dan dilombong oleh syarikat mereka.
2. Scam Alert Daripada Securiti dan Bank di beberapa negara
Syarikat ini dimasukkan dalam senarai blacklist di Malaysia dan juga Singapura. Ia dibuktikan menerusi emel yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Consumer Portal Singapura.
Amaran Suruhanjaya Sekuriti
Bagi amaran Investor Alert daripada Kerajaan Singapura anda boleh rujuk di SINI.
Update: Ia masih lagi dalam senarai Suruhanjaya Sekuriti tersebut.
3. Perubahan Harga Emas Harian Tidak Besar
Harga emas memang berubah ubah.Pelabur hanya akan untung apabila harga naik. Ia sama seperti pasaran stok. Berbeza dengan forex, pelabur mereka boleh buat untung apabila pasaran jatuh ataupun naik. Konsep perdagangan stok dan emas ialah beli ketika murah, jual ketika mahal.
Mana mungkin syarikat boleh membayar “dividen” dengan jumlah besar jika untungnya kecil? Apa akan jadi apabila harga emas turun? Tiada untung diperoleh. Ia dinamakan Spot Trading. Contohnya anda membeli emas 10 oz dengan USD800/oz, kemudian harga emas meningkat kepada USD805/oz, jadi pelabur akan untung USD50 jika dijual ketika itu. Pergerakan pasaran emas sangat pantas. Pelaburan emas juga memerlukan modal yang besar.
Kredit : Aidid Muaddib, Emaskini.com
Terdapat beberapa maklumat baru pada ruangan komen untuk dinilai bagi mereka yang berminat untuk menyertainya. Namun, risiko adalah tanggungjawab anda sendiri. Sebagai pelabur, anda layak untuk mendapat semua maklumat yang diperlukan bagi melaburkan duit anda. Jika ia dirahsiakan, ia pasti ada udang di sebalik batu.
Sekali lagi, duit pelaburan adalah duit anda. Ia tiada kaitan dengan saya pun. Saya hanya membuat analisis untuk membantu mereka mendapatkan maklumat berkenaan dengan syarikat ini. Keputusan dan risiko adalah tangungjawab anda sendiri.
No comments:
Post a Comment