Amazon Deal

Saturday, June 26, 2010

Macam2 terjadi minggu lepas..

Aku sibuk gak minggu lepas, banyak menda nak dibuat...

yum yum...tambah plak org belanja...makan aja..Makan di McD, lepas pi booking honda city..ini model 2003..memang termurah yang aku dah survey. Kalau nak harga yang baik dan condition yang OK...pi lah topmark...jumpa salesman dia, Yusran...harga dia sempoi...



suasana piala dunia...McD kat auto city, santai di petang2 hari...

Makan lagi...org belanja.....makan ja....


Mggu lepas...kebocoran kat are kulim hitech park...aku ingat nak pi lalu ja bawah pancuran air tu...dah 3 minggu kereta aku x basuh. nampaknya hari ni kena pi basuh juga.

Badminton tournament...

Hari ni ada tournament badminton anjuran kilang aku kerja...aku partner dengan hamzah. Dah banyak tahun tak main badminton...skill masih ada tapi stamina xda...pancit awal aku. takpa, lepas ni training lagi kasi stamina up balik...

aku rasa memang kena setiap 2 mggu sekali main baru ok...at least utk kesihatan badan, ni nak melompat smash pun kena fikir 2x...he he


Pekena cendol dulu kat sg ular...sedap cendol kat situ....

mlmnya plak aku ajak wife pi layan movie kat big cinema...karate kid..best cerita tu, ada juga mesej baik dlm cerita. Kalau kita gagal..kita ada 2 pilihan..nak patah balik atau teruskan...sama mcm badminton...sama mcm forex...sama mcm kehidupan ini....ya...apa2 juga yang berlaku...kita kena teruskan perjalanan w/pun hitam, sebab dihujung sana nanti pasti ada sinar kejayaan...ayuhhh.....

Tuesday, June 22, 2010

Otak Kanan - Teknik Shichida Jepun



1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah.... Boleh gak practisekan kat husband/wife ke, tapi kena buat seikhlas hati... kalau tengah marah... tak jadi. Kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun awal.... sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad... tu ... kelemahan sikit lah..........

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar anak aku ABC-Z guna card seminggu je sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek. Buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat.. macam.. a..b..c..d..e, insyaAllah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu... kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar... potonglah gambar kat mana-mana dsb.... guna english jgn guna melayu........

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. Memang le kite yang kene mengemas tapi takpe......... satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.... Korang tau kenapa 'cha ya nun alif', ngan jepun pandai-pandai.... sebab depa makan guna chopstik... chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri....... kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat dieorang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa......... kita pun bukan tak biasa merapu.......

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam.... bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan.

Tapi ingat..... semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari.. tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks... tak boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak jadi.... Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror, ini semua satu cara yg Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik.. betui dak......JOM PAKAT2 TRY NOOO....

Saturday, June 19, 2010

Saman Ekoq....

Rakyat didahulukan...pencapian diutamakan...himpit rakyat marhean.....penuhkan poket "mereka"... Hati2 kalau memandu di jalan mahang..dari simpang hitech nak ke hospital...klu semua perasan..had laju adalah 60km/j....dekat dgn sekolah..dah 30km/j...tak adil betui, jalan 2 lorong..mcm highway. itu lah perangkap "depa" nak pelekoh duit rakyat. Aku x puas hati sebab dlm tempoh 3 tahun ni...dah 13 saman ekoq aku ada kat jalan tu. Memangxkan ada harapan lagi lah kerjaan yang ada skrg...JOM TUKAR KERAJAAN BARU......




Sumber dari http://www.tranungkite.net
KERAJAAN sedang perah rakyat..........

"Petang semalam aku sekali lagi ke balai polis untuk menyemak saman salah seorang kawan kerana tidak dapat membaharui road tax akibat disenarai hitamkan.Ada tiga saman yang tidak dilangsaikan yang berjumlah kesemuanya RM1,010-00 di mana salah satunya berjumlah RM750-00.Aku tidak tahu saman apakah ini sehingga kompaunnya berjumlah RM750-00 tetapi apa yang menarik perhatian aku ialah seperti semasa aku ke balai polis dulu, kali ini ada pula seorang hamba ALLAH yang menerima berita samannya berjumlah RM900-00 kerana blacklist juga.

Kali ini aku boleh mengesahkan cerita seorang kawan tidak lama dulu bahawa sekarang saman ekor juga diblacklist kerana jumlah saman hamba ALLAH tersebut juga hasil saman ekor seperti disahkan oleh kerani kaunter bayaran saman.Ini adalah secebis kisah saman menyaman polis dan JPJ terhadap pesalah pesalah jalanraya yang nampaknya terpaksa memikul beban membayar kompaun tanpa belas kasihan lagi dari kerajaan.Kerajaan sedang memerah keringat rakyat yang sebahagiannya turut melibatkan pengundi pengundi yang memberi undi kepada mereka kerana dana khas sebanyak RM300-00.
Memang sah kerajaan sekarang kekeringan duit dan memag sah kerajaan sedang menggunakan apa jua cara untuk memungut duit dari rakyatnya.Setiap hari kalau ke balai polis atau ke pejabat JPJ,pasti kita akan mendengar kisah kisah blacklist dan jumlah kompaun yang mesti dijelaskan oleh pesalah jalanraya tanpa ada perundingan lagi seperti masa masa yang lalu.Ada duit ker, tak ada duit ker saman mesti dijelaskan seperti ditetapkan.Ambik kau, rakyat Malaysia yang cuai dan baik hati.

Seperti kisah hamba ALLAH yang aku ceritakan tadi, senarai saman ekor yang diterimanya berjela jela, cuma 3 daripadanya sahaja diblacklist dan mesti diselesaikan untuk membolehkannya membaharui road tax.Aku tersenyum sendirian apabila beliau bertanya kerani kaunter saman tentang saman saman ekornya yang lain di mana kata kerani tersebut saman itu masih belum diblacklist dan tak perlu dibayar untuk membaharui roadtax, yang mesti ialah membayar saman yang dibalcklist itu sementara saman saman yang lain tu akan diblacklist kemudian.Ini bermakna, hamba ALLAH ini perlu menyusun semula pendapatannya dan bersedia untuk membayar saman saman yang lain yang pada jangkaan aku berjumlah ribuan ringgit melihat senarai semakan saman yang diterimanya.

Baiknya rakyat Malaysia kepada kerajaan berbaju batik lengan panjang dan berperut gendut.Pada bila bila masa kerajaan memerlukan duit, ada jalan mudah untuk memperolehinya.Kerana itu, polis trafik dan penguat kuasa JPJ diberikan qouta harian dan bulanan saman untuk dipenuhi.Yang gagal memenuhi qouta dianggap tidak cekap dan tidak membuat kerja dengan baik.

Barangkali inilah masanya untuk semua rakyat bersedia untuk memberi duit dengan lebih banyak kepada kerajaan berbaju batik berlengan panjang dan berperut gendut kerana tidak lama lagi negara akan menjadi negara berpendapatan tinggi di mana semuanya tinggi, harga gula tinggi, harga minyak tinggi dan harga mas kahwinpun tinggi.Yang jadi rendah ialah taraf hidup rakyat.Selamat menyerahkan RM(ringgit Malaysia) kepada kerajaan baju batik lengan panjang dan berperut gendut wahai RM(rakyat Malaysia).

Dari RM kerana RM untuk RM.....

Tribunal pengguna....

Hari nie ada perjumpaan dengan tribunal pengguna di rumah kak zah..taman kulim utama. Siap ada pulut kuning dengan gulai ayam lagi. kalut juga tadi sebab dah lewat patang dapat tahu...tapi nasib baik semua dapat settle... Tapi aku tersilap lah plak...silap tuntut..tertuntut lebih..tapi x kisah lah...jgn tersilap tuntut kurang sudah la...

Kira hebat juga komuniti taman kulim utama,...xda org masuk lagi rumah...dah ada komuniti...ini lah penangan facebook. So hari ni..ada 3 org pegawai dari tribunal pengguna open table sampai mlm di rumah kak zah...satu2nya rumah yang dah ada bekalan elektrik. Salut kat depa suami isteri...pemaju x bagi kunci...depa pi pecah pintu dan pasang tombol baru...skrg dok sibuk renovate dah...

Banyak faedah klu dah join group....at least xlah kena tipu dengan kontraktor2 yang setiap hari dok tunggu nak offer buat grill, awning, kicheen cabinet..dsbnya.
Wife dah dapat banyak info..mana nak dapat tukang buta grill...melayu punya..standart RM1800...cina2 offer...RM2300...paling murah...hampeh tui.

Weeding of the year

Tamat sudah musim mengawan...acat aka ashraff..dan pasangannya nurul di majlis perkahwinan mereka di impiana inn. Cukup meriah majlis ni sampai terpaksa buat khemah berasingan di luar. aku bawa family aku mkn dlm dewan..sejuk sikit.

Pasangan raja sehari sedang memotong kek...

sesak dengan tetamu yang hadir...tapi x kisah lah sebab ada econ sejuk xpa..dan makanannya sedap....katering pantas di machang bubuk...

Saturday, June 12, 2010

Buat renungan bersama...

Aku ada kenduri di Felda Teloi Kiri..3 sekerluarga....aku, En Lan dan Hamzah. Jauh juga tapi nasib baik berbaloi...lauknya sedap.


Bergambar dengan Danish..naik kereta aku.

Nasi kenduri...sedap masakan geng2 felda ni..



OK tutup bab kenduri...kembali ke tajuk asal posting aku hari ni...Aku just nak share email yang aku terima hari ni...dari zul. Aku kenai semasa dok mencari maklumat nak buat flatform OD/ASB sehinggalah aku bertemu dan mendaftar sebagai klien en Aziz...sebagai financial planner aku...lain kali aku cerita tentang OD dan apa yang aku dah belajar...mcm mana nak simpan duit..mcm mana nak settle rumah dengan cepat...bla..bla bla...






(petikkan email dr ZulBM yang aku terima)
"NOTA HATI SEORANG LELAKI"

Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapan ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri.
"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama :

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."


Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi. Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!!