Amazon Deal

Sunday, December 5, 2010

Tahniah setinggi tahniah...harga minyak naik lagi...

(artikel ini dicedok dari bloq kedah lanie....)



Nov 1, 10 10:07pm : HARGA PETROL RON 97 NAIK 5 SEN. Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan..Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.Tidak seperti...

- - - - - -

Nov 30, 10 8:07pm : HARGA PETROL RON97 NAIK 15 SEN LAGI. Harga petrol RON97 akan dinaikkan 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter berkuatkuasa 1 Disember ini, mengikut sumber.Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat lewat hari ini. Bagaimanapun harga petrol RON 95...

- - - - - -

Dis 4, 10 10:52am : HARGA PETROL RON95 KINI RM1.90,DIESEL RM1.80. Berkuatkuasa mulai esok, harga petrol RON95 dinaikkan sebanyak 0.05 sen kepada RM1.90 seliter, diesel dari RM1.75 kepada RM1.80 seliter, harga gas asli cecair (LPG) dinaikkan 0.05 sen kepada RM1.90 manakala harga gula dinaikkan sebanyak 0.20 sen menjadikan harga gula adalah RM2.10 untuk sekilo...

- - - - - -

Berikut merupakan kronologi kenaikan harga minyak petrol dan diesel yang berlaku dua bulan kebelakangan ini. Mari kita lihat pula apa kesan terdekat terhadap sosio-ekonomi negara selepas ini.




Merujuk kepada berita di Berita Harian bertarikh 16 Julai yang lalu selepas pengumuman kenaikan harga RON95 sehari sebelum itu.

Wartawan kami sempat menelusuri beberapa buah laman blog dan website bagi mendapatkan maklumat tentang harga minya dunia terutama daripada web http://oil-price.net dan http://eia.doe.gov

Berikut adalah senarai 10 negara di mana harga petrol mereka termurah di seluruh dunia

1. Venezuela - $ 0,05 / liter atau RM0.16 sen seliter
2. Turkmenistan – $ 0.08/liter atau RM 0.26sen seliter
3. Nigeria - $ 0.10/liter atau RM0.33sen seliter
4. Iran – $ 0.11/liter atau RM0.36 sen seliter
5. Arab Saudi – $ 0.12 liter atau RM0.39 sen seliter
6. Libya - $ 0.14 liter atau RM0.46sen seliter
7. Kuwait - $ 0.21 /liter atau RM0.69 sen seliter
8. Qatar - $ 0.22/liter atau RM0.72 sen seliter
9. Bahrain – $ 0.27/liter atau RM0.89 sen seliter
10. United Arab Emirates – $ 0.37/liter atau RM1.22sen seliter

Mengejutkan, Venezuela yang diketahui umum dipimpin oleh seorang yang sosialis, Presiden Hugo Chávez – tetapi beliau diakui ramai kawan dan lawan sebagai seorang pemimpin yang sering memikir cara bagaimana untuk membantu rakyatnya untuk memiliki taraf kehidupan yang lebih baik.Bukan sekadar tujuan politik. Akan tetapi, tentunya dengan harga petrol yang murah, akan lebih mudah rakyat memilih beliau untuk kembali pada pilihanraya akan datang.

Nasihat ringkas buat para pemimpin negara.

Kuasa undian di tangan mahasiswa hari ini.

Ber-GM Lebih Baik!

Gabungan Mahasiswa UKM [GMUKM]

Friday, December 3, 2010

Derek's passion for food

Hari ni department aku santai2 di derek restoren...memang santai dan rileks makan disitu... Makanan dia juga OK...lebih baik dari beberapa restoran western food yang pernah aku pi.



Dok tunggu order...



Posing dulu sebelum makan...


Sup cendawan, garlic bread dan roti bun...

Sup cendawan dan taburan roti....nyum nyum....

Chicken chop...order dari huzairy...

spageti...hilang la diet minggu ni...order aida

Order cik lan...medium cook....siap ada darah lagi...

Order aku, Hamzah dan Fahmy....lamb chop. Next time minta dia masak lama skit....well done punya..

Acara melapah sudah bermula...

Progress rumah aku di Kulim Utama

Awalnya xda plan nak buat tembok dan pagar..tetapi sebab masalah bila hujan lebat...air akan melimpah masuk...kalau nak selesa..buat lah tembok.

Pagi bagi tau nak buat tembok....petangnya dah siap buka pagar dan buat asas....cepat juga geng2 ni kerja.




Bahagian rumah jiran sebelah aku....dok tunggu x pernah nampak muka..klu tidak boleh la minta share...

Thursday, December 2, 2010

Apa hak anda bila di tahan polis?

Dicedok dari web ini....http://www.ravinsingh.com


Agak panjang tapi kamu harus tahu

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS

1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

Lain-lain Warna :

•Biru : Berpangkat Inspektor dan ke atas.
•Kuning : Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
•Putih : Polis Simpanan

Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.

1.3 Berpakaian seragam

Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.

1.4 Kenderaan Peronda Polis

Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.


2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN

2.1 PengenaIan Diri

Hanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.

2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain

Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"

2.3 Adakah anda sedang ditangkap

Anda sedang ditangkap jika Polis:

•menjawab "ya"; tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
•menggari anda.

Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.

2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap

Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).


3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN

3.1 Pernyataan 112

Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan
mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).

3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi

Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda,anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis)mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhada anda mendesak anda supaya bekerjasama.


3.3 Membuat Pernyataan 112

Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.

•Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
•Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
•Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
•Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
•Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
•Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda

Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.

•Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
•Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
•Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir pernyataan anda.

4. POLIS MENANGKAP ANDA


4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?"

Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.

4.2 Jangan melawan semasa ditangkap

Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.

4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?"

Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.

4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap

Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:

1.Keluarga atau rakan; dan/atau
2.Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).

Maklumkan kepada mereka:

•yang anda telah ditangkap;
•masa, tempat dan alasan ditangkap;
•Balai Polis di mana anda dibawa.

4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap

Anda boleh ditahan sehingga 24 jam

•Di Balai Polis, atau
•Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.


5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN

5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam

Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang
munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.

5.2 Pakaian

Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.

5.3 Barangan peribadi

Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.

5.4 Kebajikan

Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.

5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda

Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak
Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam,Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).


6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM


6.1 Siapakah Majistret

Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada 24 jam.

6.2 Tujuan Perintah Reman

Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.

6.3 Berapa lamakah Perintah Reman

Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam.
Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.

Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:

•untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
•membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari
bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.

6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapan seorang Majistret untuk proses reman

Maklumkan kepada Majistret:

•anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
•jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
•jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
•jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
•sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
•sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan

6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat

Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama
dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).


7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN

7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan

Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan
memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.

7.2 Apa yang perlu dilakukan

•Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
•Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
•Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/saku/beg anda.

7.3 Hak-hak anda

•Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesionaldan sopan.
•Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
•Bantah;
•Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
•Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU


8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian

•Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
•Anda ditangkap.
•Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.

8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan

Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-

1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah -pemeriksaan pakaian luaran.

2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.

3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung dan telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.

4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan.


8.3 Hak anda

•Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
•Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam andasemasa pemeriksaan dilakukan.
•Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita

9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP


9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda

Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.

9.2 Hak anda untuk berdiam diri

Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi).Selain Maklumat-Maklumat Peribadi,anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda.Jika anda
memilih untuk berdiam diri, katakan,

"Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."

9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan

Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak bolehmengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.


9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti

Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda boleh menggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.



PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)


• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 04-3108 451

Siapa kata proton saga iswara sempit?

Kejadian ini berlaku di jitra....cukup luas untuk masuk 2 ekoq lembu...


Macam kenai ja logo kat no plate tu....renung2 kan....

Menariknya...yang warna pink tu

Dicedok dari bloq serius yang juga di cedok artikel di bloq sebenar http://early-onset-of-night.tumblr.com


Kalau korang teka aiskrim korang salah. Ini ialah daging ayam yang diproses. Semua bahagian ayam seperti paruh, ginjal. kepala, kaki dan perut dikisar didalam mesin sehingga lumat menjadi this pink gooey paste. Paste ini sangat berbakteria dan untuk mengelakkan bakteria merebak paste ini direndam didalam larutan amonia. Selepas itu perisa dan pewarna tiruan dimasukkan kedalam paste ni.


So what do they make from this pink good of awesomeness? Look below. God help me for exposing the truth





Ada selera lagi ka nak makan?....tepuk dada tanya tekak,,,,

Wednesday, December 1, 2010

Sate Ahmad

Pertama kali aku cuba sate ahmad..kira lagi best dari sate house. cuma pilihan terhad kepada ayam dan daging sahaja.Tapi x kisah lah....janji best...

Kedai dia biasa ja...Bakar jangan sampai hangus...