Amazon Deal

Thursday, August 26, 2010

Rentetan minggu ini

Salam takziah buat saudara Hamzah yang kehilangan ayahanda tercinta pada hari ni..semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku dan En Roslan berkesempatan berkunjung dan menziarahi keluarha Hamzah di Tikam Batu...

Time balik kerja lepas ke rumah hamzah...jam semacam ja...sah mesti ada eksiden depan tu...nampaknya berbuka posa dlm kereta nampaknya...

Eksiden beru ja berlaku,,,,


Ada sorang aku nampak terbaring...aku x join sekali turun tengok....nak cepat beb...lapaq...sure dah ramai membantu mangsa...

Saturday, August 21, 2010

Ramadan tiba lagi

Ramadan tiba lagi..berkesempatan lagi sekali untuk kita melaluinya...dan kita akan senantiasa menunggu ketibaannya...tahun demi tahun...

Beginilah suasana di kantin kilang pada bulan puasa...pakat ramai2 buat taik mata....jom join sekali...

Aktiviti buffet ramadan bermula lagi...banyak tempat yang ada buffet..dan kesempatan kali ni,..kami beramai2 menyerbu ke UITM permatang pauh untuk berbuka puasa disana. OK juga menu dia...tidaklah menghampakan dengan nilai wang yang dibayar..

Ustaz Amarul memulakan majlis dengan doa berbuka puasa.............amin....(errkkk tapi tgk gambar tu...dah licin pinggan...tgk betui2...)

AKU dan isteri.....

En Roslan dengan putrinya...dan isteri...

Isteri Yusri...x nampak yusri...sah....dok ambik makanan lagi tu...kasi cukup2..


Noraida dan Hamizah....makan sikit2 ja depa ni....kena dengar nasihat amarul....makan banyak2...bagi.....

Amarul melayan Ariff......geng2 bujang....soklan aku...antara hampa berdua...sapa nak naik pelamin dulu?

Huzairy dan suami Noraida....


Macam2 ada....satu dua tiga....sapu....

nyum nyum....


Hamizah dan Amarul...dok jauh2 sikit tu....dah berpunya tuu.

Hamzah tawaf kali ke 5...ambik biar berbaloi...

Alimin dan aweknya....nampaknya...tahun depan makan nasi minyak lagi kita semua...


Makan x toleh kiri kanan..lagi boleh masuk...makan ja.x cukup...ambik lain...


Anak2 hamzah dan En Roslan...meriuhkan suasana...makan x banyak pun...main yang lebih...


Yusri dan
puteri sulong dia.....

Seoul Garden...next venue...Farewell party untuk saudara Naguib.....jumpa semua disana...

Tuesday, August 17, 2010

Bila nak pindah....???

Itu soklan yang berlegar dlm pemikiran aku dan isteri....Bila nak pindah masuk rumah baru? Banyak yang kena buat dulu sebelum pindah masuk...grill, wiring, piping, kitchen cabinet...etc...modal banyak juga nak pakai nie.

Soklan lain, siapa nak buat wiring?...siapa nak buat cabiet dapur?..extension rumah..sapa nak buat?...mcm2 nak kena atur. Tapi xlah sampai aku kalut semacam ja....

Tetiba2 saja aku terringatkan kawan lama...yang dah lebih 5 tahun x jumpa...selesai masalah aku...semuanya aku serahkan pada dia...sediakan duit sahaja...

Sunday, August 8, 2010

Ahli keluarga....

Hari ni abg dan adik aku dgn keluarga masing2 datang berkunjung...tgk anak menakan baru...dapatlah akeef jumpa sepupu2 dia. Aku dan wife pun jarang dapat berjumpa mereka...cuma harapkan hari raya..itu pun kalau kebutulan terserempak. Skrg semua org sibuk dan ada komitment masing2...hidup mesti diteruskan.

Zayd yang ensem...tengah posa hari ni..rajin tul dia...

Muaz....dah 2 tahun..tapi x banyak bercakap mcm abang dia...


Alia...dah darjah 3....

Zayd dan muaz....


Akeef kena dukong dengan maklong dia....

Saturday, August 7, 2010

Mengingati kembali zaman2 muda...


Melepak di boat house...tajuddin, zaini..kami sebilik time tu....ada masa terluang....aku dan din akan snorkeling dan main jet ski..


Masa aku di langkawi..time tu semester break, aku dan member bekerja di berjaya langkawi resort...cari pengalaman dan duit poket. Best kerja kat situ...cuma bila cuti saja yang boring, xtau nak pergi mana....pi mai pi mai tang tu juga...kat mana lagi...pantai chenang jawabnya....

Bersama manager aku...bahagian sport and recreation department...


Member satu department...aku x ingat nama apa...tgk badan dia...berbuku mcm roti....selalu berenang tu yg jadi mcm tu....



Masa dinner di UUM...wan'g , Jeli, Ain dan Najib....


Bersama classmate aku..matrik 1st year...kami dalam proses buat iklan video...sehari suntuk shooting....

Mat2 motor...masa tu yang paling hebat...suzuki panther shamsuri dr perlis...ain dgn RXZ...Drink dengan yamaha 100sport...Jeli dengan Honda EX5...



Sambutan hari raya...kelas matrix 2nd year

Hari perbarisan...sultan kedah mai...aku dengan unit beruniform...kadet bomba...

Saturday, July 31, 2010

Ada ada aje...

Awal jam 7 pg aku dah on the road...balik kg. Pi tolong mak dan adik aku clear stor kat rumah pusaka..nak pasang syiling...

Bahasa yang mudah nak faham...punggah stor...kata orang kampung. Stor sebenarnya menyimpan berjuta memori. MUngkin nak clearkan stor tu dlm 1 jam....dan 2-3 jam lagi untuk belek segala apa yang dijumpai...


Penat selongkaq stoq...pekena bihun sup kat kerpan...mak aku belanja...

Kerja sikit ja...makan mau selalu...he he he

Bihun sup campur ayam dan daging ....nyum nyum...


Keluarga aku ada satu set kerusi kayu, masa tu aku rasa dlm darjah 1 xpun 2..sebab dah pandai tulis...so kat bawah kerusi tu...memang ada contengan dari aku...dan adik aku..

Set majalah aku..majalah roda2 yang entah tahun bila...buku2 kuliah semasa di UUM....mahal2 tu masa nak beli..sayang aku tengokkan, nasib belum jadi habuan tikus. Xpa..nanti aku cuba iklankan dlm lelong.com...kot2 ada org nak beli.

Terjumpa album gambar aku time2 remaja...beza yang amat...nanti aku posting gambar2 menarik disini..nak kena scan dulu.

Kad2 ucapan dari aku dan isteri....appointment letter kilang2 terdahulu, kontrak pinjaman mara...slip2 gaji...jadi apa2 yang terjumpa...akan membawa aku kembali mengingati saat jatuh bangun dlm mengejar kehidupan ini.


On the way balik...aku lepak dan tidoq jab dlm kereta kat hentian tikam batu....x larat nak drive dah...

Bagi aku, ini lah liku2 kehidupan aku....dan aku bahagia dengannya kini...di samping isteri tersayang dan permata hati kami...akeef luqman. Bila dah melangkah ke satu stage sebagai bapa...baru kita benar2 mengerti dan sedar pengorbanan ibubapa mendidik dengan kasih sayang...sehingga aku....menjadi aku sebagaimana hari ni...

Monday, July 26, 2010

Semoga boleh dijadikan panduan kita bersama

Email yang aku terima dari seorang sahabat di kilang...menarik untuk dikongsikan bersama...semoga kita semua menyedari siapa kita.....



DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU

Assalamualaikum Semua,
Last weekend nasha and Kak Has ada attend ceramah Dasyatnya Doa Seorang Ibu oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia last time. So kat sini nak share laa info yang menarik kot2 kawan2, kakak2, makcik2,adik2 boleh guna. Agak panjang kalau malas nak baca, baca laa yang nasha tanda ****

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
* Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

* Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

* Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

* Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

* Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
> Melihat kaabah sehingga menitis air mata
> Membaca quran sehingga menitis air mata
> Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

* 3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!
> Anak
> Ibu
> Suami
Selingan: kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dgn suami sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah :)

* Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya... kira tak menangis teruk laa..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu

* Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

* Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

* Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

* Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik

* Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal"
> "Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
> Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yg dituntut tadi adalah hal hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita
> Tapi geng kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan :)

* Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah

* Kalau ditimpa sakit, baca laa Innalillahiwainnaillaihirojjiun,,, then cakap dengan Allah
> "Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
> "Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Even suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukkan.

* Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

* Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!

* Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup
> Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap.."Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan" atau "bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana.

* Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam next time

* Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan

* Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya..

* Bila nak berbelanja @ shopping always spare duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak org susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit sebab kita nak cari org susah untuk sedekah dah amat susah masa sekrg and takde masa jadi Allah hantarkan org2 susah ini untuk kita dapatkan pahala!

* Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana.

* Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah

* Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

* Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
* Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka
> Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar
> Saka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan
> Symptom dah terkena saka
* Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
* Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
> Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan

* Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

* 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

* Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

* Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. "Qulhuwallahuahad..." 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah
* Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari

* Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil
* Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
> Ni seram sket masa nak buat hehehe..mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia
Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi :)
You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan.

__._,_.___
__,_._,___