Amazon Deal

Thursday, March 25, 2010

Apa yang berlaku di kilang aku.....

Ohhhhhh bestnya lena....krohhhhh!!!!! krohhhhhhhh..........

X kisah lah ada banyak mana kamera CCTV di pasang..x hirau sapa pun yang keluar masuk ke kantin...x kisah lah apa org nak kata...dan x kisah lah...jika ada makanan di depan mata. Layan lentok menjadi keutamaan...mcm mat rempit biasa cakap...lu punya nasik lu makan...wa punya nasik...wa sendiri makan....tapi...aku rasa...kita share pun leh baik.... jadi klu mau tidoq...jangan layan sorang2...ajak kawan2 sekali...


Pekerja sedang tekun membuat kerja...ehh..mcm main game saja nie...


Melepak sakan noo depa nie..."kami dah penat lah broo...dah capai target"....time layan blues...

Ini style memang tengah buat kerja..sampai tungkat dagu dengan tangan....tapi kena pi usha juga nie...silap2..tengah layan blues niii


Pengsan setelah bekerja tampa henti selama 12 jam...


Kantoiii.....


Hujung bulan ni..annual dinner 3jam...kali pertama annual dinnner jenis nie yang aku pernah dnegar dan akan tempuhi...aku pun x pasti nak pergi ka tidak..tgk keadaan lah. Bagi aku, annual dinner sepatutnya menjadi salah satu hari yang dinanti2kan oleh setiap pekerja sebagaimana seumpama menanti hari bonus.
Banyak perkara "depa yang cerdik pandai" boleh fikiaq mcm mana nak jadikan annual dinner ni menarik..contoh mudah aku leh kasi...x payanh buat karaoka...jemput ja artis2 kat malaysia...kalau x pandai..leh list out senarai artis..biar pekerja vote kan. Kedua..buatlah kat hotel2 yang sesuai...Ketiga...hadiah2 mestilah menarik pekerja untuk datang...at least 50% pekerja bakal bawa balik hadiah... Gift door...jangan la kasi payung, kalkulator, pen, baju, caps...dan semua benda yang cepat rosak...cuba bagi satu ja hadiah yang leh tahan lama dan kekal di hati pekerja.....cukuplah aku membebel...

Jom layan tidoq....

Tuesday, March 23, 2010

Kenangan...dari album di kampung..


Gambar ini di ambil pada tahun 1979...aku umur 4 tahun...dari kiri depan sekali Hanan, Ein (dah bertahun menghilangkan diri) Det, Abu. Kat belakang dr kiri gak..abg aku kat penang...Lie, Art, Aku ( Paksu Dollah,,,yang memegang aku), Kalsom (dah meninggal) dan Kak ma,,, Aku agak tahun tu musim kemarau..musim yg kering..tanah sawah pun turut kering....aku x pasti siapa cameraman....rasanya pak teh aku kot...


Aku bersama saudara aku....akrab bersama.....harap depa masih ingat gambar ini...semoga mereka berjaya dalam hidup dunia dan akhirat...amin.



Ini gambar adik bongsu aku...satu2nya pompuan antara hero2 yang ada... ini aksi menunggang skuter dalam studio....he he...comel tak dia?...tengah mare tuuu...tu yg x senyum tuuuu


Asyik dengan motor ja dia...aksi dia dengan motor EX5...bersama dengan Along..aku ingat lagi motor nie..KAE1935 plate dia...dibeli oleh abg aku untuk arwah ayah...tapi dah di jual dah motor tuuu


Ini aksi manja,,,,dok isap serbuk gula2 depan pintu rumah...

Mak dan Mak Lang Nah...kenangan masa mengerjakan haji...tahun 2009...sampai juga cita2 nak tanah suci Mekah.



Ketika hari raya 2006

Ini Alia anak sedara aku...anak abang aku....dah sekolah pun dia..mesti pandai macam pakngah @ pak lang dia...xpun mcm maksu dia...


Posing dr Alia...


Ini Zayd, anak adik aku...dah darjah 2....pandai pulak tu...rajin2 belajar...



Zayd dan Muaz...hero2 belaka...dah lama aku x jumpa meraka berdua...



Ini Anis...come lote...pandai bercakap betui..tapi dengan aku bukan main malu,,,,


Alia dan Anis...anak kakak ipar aku di Klang....


Antara adik2 sepupu aku. Gambar ni di ambil tahun 2003...dr kiri Kak long, Nurul Husna, Amir ...kat depan tu Alif, Kak Ngah dan Haziz...

Saturday, March 20, 2010

Hujung minggu yang sibuk....

Selamat pengantin baru untuk Wan dan isterinya...aku bersama wife dan mak mertua serta adik ipaq aku..join sekali hamzah dan En Roslan sekeluarga...bertandang kat rumah pengantin...ini lah aktiviti hari sabtu ni...

Pasangan pengantin menjengok tetamu...


Ini hidangan kenduri...


Aku terus ke sungai petani lepas makan kenduri..dah set appoinment jam 3 ptg untuk servis Honda City wife aku. Compare pusat servis sp dengan kulim xda beza apa2 pun sangat...rasanya kulim ok sikit kot...xpa...lain kali...ke Butterworth pulak...



Sebenarnya aku pagi tu bawa wife ke kedai mesin jahit. Mak mertua aku beli mesin jahit baru...yang lama jenama "singa" dah x berupaya nak menjahit...asyik rosak ja.
Model "abang" ni OK juga sebab wife aku pun ada satu...tahun lepas beli...skrg model tu pun dah naik harga...

Display mesin jahit...dulu kedai ni biasa ja...x menarik langsung...skrg biz dah bagus kot...dah ada display dan tambah kedai sebelah, pasang econ lagi.



Anak tuan kedai ni demam2 pun suka bila aku ambik gambar...

Thursday, March 18, 2010

CERITA BENAR - AZAB ANAK DERHAKA HADAPI SAKARATUL ..

(koleksi artikel dr http://www.mymasjid.net.my)

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak = mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi = katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu. Jelas = mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh. Di katil = pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di = katil.

"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu apa = nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai.

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. = Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya. Jeritannya menakutkan = dan menyedihkan.

"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt! Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan = sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang = marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang amat = pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya.

Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma = terdiam, menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya.

Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja = meninggal dunia dua minggu lepas."

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang = begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," = kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya = semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah = saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku."

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," = jawab salah seorang daripada mereka.

Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada = saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik, empat perempuan = dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang = lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan menyanggah kata-kata = ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya. Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang, seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan jawatannya di sebuah = syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di = syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak = mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya = supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar = itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum = itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak = duit tu buat berniaga," katanya kasar.

"Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si = ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa. Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau dengan = apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan = berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai = kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya = terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di = lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa ke hospital sementara = Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya. Akibat pendarahan otak = yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal. Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit = yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah = keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil = dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya.

"Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya.

Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin = untuknya. Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan.

"Aduh panasnya! Emak, ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ = emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah = saya emak, ampunkan saya, saya bersalah."

Jeritan Jalal itu meruntun hati saya. Apakah yang dimaksudkannya dengan = 'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya = di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. = Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas mencuba tapi keadaan = Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih = kurang pukul 10 pagi.

Saya tinggalkan mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.

"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang.

Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal = begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan. Keluarganya semakin cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, = Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal = berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika. Masing-masing = beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil = seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya = terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. = Maha suci Allah, keadaannya adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak = perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya = yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah = dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak = bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT = untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka.

Saya cuma mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah = sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan = hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya. Kesengsaraan = yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya meninggalkan = keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih. Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata = putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan = dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana = duburnya terpancut keluar dan membonjol di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham, jenazah dibawa turun kerana keluarganya = mahu menguruskan jenazah tersebut di rumah mereka di salah sebuah taman = perumahan di sebuah negeri di pantai barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari = perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara = serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, = dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah = shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, = Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15 orang. Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau = kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori = kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat = kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang = membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham dikebumikan =

di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya bahawa tanah = yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil dan ditambur ke = atasnya.

Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga Allahyarham.

"Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada ustaz."

"Apa masalahnya itu?" tanya saya.

"Kubur adik saya berlubang ustaz."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak = yang derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula.

"Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya.

Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, = masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham.

"Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya. Baca dalam bahasa Melayu dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."

Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan = majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya. Sungguh menyentuh = hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah = keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya.

Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah.

semua ada hikmahnya....

Berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa sementara mereka masih ada....

Tuesday, March 16, 2010

HotWheels


Ini antara koleksi aku...limited edition...so ada dlm 20000 unit seluruh dunia. Ini adalah edisi tahun 1999 keluaran mattel dengan nisbah 1:43. Jenis kereta Ford Taurus dengan warna tajaan Valvoline dari team Roush Racing. Die-cast body dan chasis, interior adalah yang detail berdasarkan team tersebut. Model ini didatangkan dengan tayer deluxe "rubber"...aku sayang nak buka kotak ni...jadi simpan saja. Jika ada sapa2 berminat nak beli...boleh offer harga terbaik, nanti aku fikirkan....


Fast Track Fact...
The team's actual "tool box" is brought into the pit the morning of the race to be unloaded and set up for action. It contains everything the pit vrew needs to keep the car running at peak performamnc, including : tools, spare parts, compressed nitrogen for the tires, generators, computers, overhead video camera and satellite dish to monitor the race and communicate with the driver.

Monday, March 15, 2010

Auto City

Mlm ni aku dan family sebelah isteri pergi shop in d'park kat auto city..kedai2 dlm taman...menarik juga time waktu malam. Kedai kat situ mla buka dlm jam 6 ptg.,..


Ada banyak gak sales...yg bestnya kat OFO...over-run factory outlet...kalau rasa nak pakai seluar jeans levis harga dlm rm135 leh gi sana...501 lagi. Tapi klu nak pergi elok bawa duit banyak...takut kelam mata ja...buy 1 free 1...last day sampai hujung bulan mac nie saja....

Macam fun fair lah juga...ada masa...turun sana ...

Sarapan pagi nasi lemak mami...

Pagi ni lepas ke klinik check darah wife aku...kami ke kedai nasi lemak mami. lokasinya kat sebuah taman..aku x tau taman apa...tapi rumah corner lot. ramai juga yang bersarapan kat sana.

Ini dalam RM8.50

Saturday, March 13, 2010

Nasi lemak...dimana sedap...?

Setakat la rasanya lah...nasi lemak yang paling best adalah di restoran D'bukit...kalau pagi2 biasanya aku pi cari nasi lemak depan kedai Halimnaz runcit..nasi dia lemak..tapi sambal banyak..kena bagi tau suruh letak sambal sikit ja. Nasi lemak PON...aku dok target nak pi beli...dekat kilang lama..dekat rumah hamzah..aku xtau samada dia pun dah pernah makan...


INi budget dlm RM10.50....aku ambik ayam goreng rempah dan radix ais...wife aku teloq goreng ja..dgn air ais kosong...

Friday, March 12, 2010

Gunung Mat Cincang

Tak sah kalau ke langkawi jika tidak ke gunung mat cincang. Kalau korang nak naik kabel cari sini...jangan terlupa tunjukkan mykad...dapat diskaun. Hampeh betui...kaunter tak friendly...dah nampak muka melayu tu..bagi tau ajer lah minta mykad.

Entrance untuk naik kabel car..

Pemandangan kabel car dr flatform pertama...


Nun jauh dibawah sana.. berjaya langkawi resort dan burau bay resort...


Jambatan tergantung...aku x pi lagi...x larat nak jalan...

Nagasaka - Bandar Yang Terpencil...

Pertama kali dengar nama Nagasaka...betui ka..biasanya kita selalu dengar Nagasaki. Sejarah dlm peranag dunia, menjadi tempat dimana Amerika menjatuhkan bom atom dan menamatkan peperangan dunia.

Apa yang sesuai untuk menggambarkan tentang Nagasaka ialah...sunyi. Rasanya Kulim lebih-lebih..baik.

Ini pusat komuniti area aku tinggal...aku snap gambar ni dr pintu masuk ke stesen keretapi..Kat dalam tu ada library...

Teksi yang sentiasa menunggu...


Ini bas yang setiap hari kami gunakan sebagai pengangkutan ke kilang. Apa yang best tentang pengangkutan awam disini adalah ketepatan masa dia. Ada 2 orang dreber bas...sorang pakcik tu yang tua cukup baik. pernah dia terjumpa kami masa di sebuah supermarkey di OGINO...dia tanya mai dengan apa..kami kata jalan kaki...lepas tu dia panggil semua minta tekan air mesin...dia belanja semua.

Ini pandangan sebelah kiri dr entrance stesen keretapi..bersih

Ini rumah yang aku tinggal disana...bersempit2 kat dalam tu...masa tu baru betui2 jadi bangsa malaysia.

Toleh kekanan..jalan depan rumah area aku tinggal..yang bestnya tentang nagasaka ini...bersih...xda sampah pun...


Toleh belah kiri pulak...ini yang aku nampak...




Bangun waktu pagi selepas hujan...berkabus..sejukk..sambung tidoq time2 mcm tu best nii..


Hari2 kami berjalan mcm "bangla di malaysia"...penat betui, dah la jauh nak ke tempat tunggu bas, berbukit2 pulak tu. Memang x patut betui...aku tobat xmau kesana lagi..setakat seminggu boleh dipertimbangkan....


Kami kena berjalan kaki dalam 45minit semata2 nak ke pekan terdekat, OGINO...kat situ adalah 2 pasaraya. Dapatlah soping2 skit...

Dah hampir sampai ke pasaraya OGINO....

Sepanjang perjalanan..ada sebuah hospital...aku ada kena mai ambik darah disini...mahal hooo..


Biasanya kami turun ke Chino..ke Yamada Denki...usha barang2 electronic..meleleh air liur. Nak beli tak cukup duit...dapatlah beli kamera cabuk.

Atas jambatan nak ke UNI QLO butik nak sopping2 skit...jalan kaki ja kesana di pekan Chino


DAh mendung..mcm nak ujan...apa yang penting kat sini, sentiasa bawa payung.


Kami ke chino dengan train..tiket 450yen...pandangan menarik dr atas train...sawah padi yang menghijau...


Sejuk mata menandang...tapi satu aku perasan disini..xda jentera besaq2 yang digunakan untuk membajak dan menanam...semua kecik2 ja...



Rumah2 org jepun area kampung...

Puncak gunung fuji...dapat dilihat dari rumah penginapan kami...



Pandangan puncak gunung fuji dari dalam kereta...

Depan plaza tol untk masuk ke laluan naik ke Gunung Fuji...dah nampak dekat pun....
Puncak gunung fuji dari dalam kereta...on the way ke sana...



Pada ketinggian 2020meter...berhenti disitu untuk mengambil gambar....

Dah sampai ke tempat perhentian tertinggi...kat area parking...putih bersih salji...


Puncak gunung fuji semasa nak pulang ke rumah...snap dr dlm kereta Hiraide san...

Tasik di bawah gunung fuji. Kami singgah disini untuk lepak2 sekejab.....

makanan jepun yang banyak kali kami hadap. Aku x ingat berapa kali kami makan disini..sebuah restoran yang sesuai di nagasaka untuk buat farewell party, wellcome party...kenduri org mati...semua rangkum sekali.

masak ketam dan sup ketam ni sedap...ketam jenis ni xda kat malaysia...

Bandar Akihabara, sebuah bandar yang penuh dengan barang elektrik dan elektronik...bestnya kalau ada manyak luit.....


Awal pagi kami sampai disana...xda kedai yang buka lagi..cuaca time tu mendung..nak ujan..apa lagi lepak2 sampai kedai buka. Ada dah siap org beratur di sesetengah2 kedai. Jam 3pagi kami berjalan kaki dr rumah di nagasaka...ke Ogino..dlm 40 minit..tunggu bas express kat highway...tiket dah siap2 beli....memang adventure juga nak ke Akihabara.

to be continue......